Resepi ayam masak paprik ala thai ini asalnya dari Thailand. Masakan ini sangat ringkas, sedap dan cepat disediakan. Ayam masak paprik ala thai ini enak dimakan bersama dengan nasi panas ketika waktu tengah hari.

Bahan-bahan:

2 keping dada ayam – hiris nipis
4 biji cili padi – diketuk
2 sudu makan cili kering kisar
2 helai daun limau purut
2 ulas bawang merah – dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
1 biji cili merah – dihiris serong
2 sudu makan sos cili
2 sudu makan sos tomato
1 sudu makan sos tiram
1/2 inci halia – hiris halus
1/2 labu bawang besar – hiris memanjang
1/2 cawan air
sedikit garam
sedikit kicap manis

Bahan Sayuran:

2 biji putik jagung – dihiris
2 tangkai kacang polong – dihiris pendek
bunga kobis – dipotong kecil
1/2 biji karot – dihiris memanjang

Cara-cara membuatnya:

1) Panaskan minyak dalam kuali kemudian goreng hirisan ayam hingga warnanya keputihan. Selepas itu toskan dan ketepikan.

2) Buangkan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bawang merah, halia, dan bawang putih hingga harum. kemudian masukan cili kisar dan tumis kembali hingga pecah minyak.

3) Masukan sedikit kicap manis, sos cili, sos tiram, dan sos tomato kemudian kacau rata. masukan ayam yang digoreng tadi dan gaul hingga rata.

4) Masukan serai, air, dan daun limau purut. masukan sedikit garam secukup rasa dan kacau rata. kemudian masukan sayur-sayuran yang dah dihiris tadi dan bawang besar. selepas tu masak sampai sayur tadi agak empuk.

5) Akhir sekali, bila dah masak angkat dan hidangkan bersama nasi putih panas.

ayam-paprik-1

About The Author Zara Amira

Leave a Reply