Kek Coklat Karamel ni sungguh sedap dan sungguh enak. Melihat pada warna dan rupa bentuk sudah membuat anda yang diluar sana terliur sampai meleleh, itu bukan lagi ambil baunya. Kat sini kami kongsikan resepi Kek Coklat Karamel yang bikin anda terangkat habis. Dibawah adalah bahan-bahan dan cara membuat Kek Coklat Karamel ini.

Bahan-bahan :
2 sudu besar gula dicairkn dlm loyang atas api yg perlahan…ratakn dipermukaan loyang…sejukkan..
Karamel
1 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
3 biji kuning telur
Sedikit esen vanila…
(putar sampai sebati kemudiantuang dalam loyang tadi, selepas itu kukus dalam 20-25 minit dan sejukkan)

Lapisan kek coklat
1 cwn susu pekat
1 cwn susu cair
1 cwn minyak masak
1 cawan gula
1 cawan serbuk koko..
(masukkan dalam periuk kemudian kacau hingga sebati di atas api yang perlahan dalam 3-4 minit)

Bahan-bahan yang perlu diayak

4 biji telur di bland
1 cwn tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder

Masukkan bahan yg diayak kedalam adunan coklat kemudian selang seli dengan telur serta kacau hingga sebati, kemudian tuang atas karamel [guna senduk] dan kukus 45minit-60 minit.

Untuk memastikan kek tadi masak, sila cucuk dengan lidi, sekiranya tidak melekat bermakna kek tersebut telahpun masak.

About The Author Resepi Sedap

Resepi sedap yang menyajikan resepi-resepi masakan yang sungguh lazat dan sedap untuk anda cuba. Kami akan sentiasa memaparkan resepi yang dikongsikan terus kelaman website ini. Terima kasih diatas sokongan anda semua.

Leave a Reply