Puding Cendol Gula Melaka | Bila sebut saja pasal puding pasti terbayang sesuatu yang manis, namun tak sama senyuman manis macam encik suami bila anda buat Puding Cendol Gula Melaka ni. Disini kami kongsikan resepi dan cara untuk membuat Puding Cendol Gula Melaka supaya encik suami anda akan terus memuji masakan Puding anda semanis masa mula-mula bercinta dulu.

Bahan-bahan :
√ 10gram serbuk agar agar
√ 150-200gram cendol
√ 4cawan air
√ 1cawan gula
√ 1kotak santan brand KARA
√ 1st garam

Bahan-bahan
Bahan-bahan untuk membuat Puding Cendol Gula Melaka

Step 1: Bahan A

Cara Penyediaan :
1. Didihkan 4cawan air. masak agar agar. kemudian masukkan 1cawan gula, masak hingga agar & gula menjadi larut (mendidih) sudah mendidih, masukkan cendol yg sudah ditapis air nya. tunggu mendidih sekejap  dan tutup api.
2. Masukkan santan kotak, kacau rata. kemudian masukkan garam. kacau rata sehingga semua sebati.
3. Masukkan dalam acuan dan sejukkan. Selepas puding beku, Corak carik kan dengan garpu permukaan atas. sebab kat atas ni nk letak adunan gula melaka.

Step 2: Bahan B
√ 10gram serbuk agar agar
√ 5cawan air
√ 200g gula melaka *potong kecik
√ 3helai daun pandan
1. Masukkan semua bahan step 2 dalam periuk . . masak dgn api yang perlahan, supaya daun pandan sempat kuar bau dan aroma nya.
2. Selepas mendidih . . TAPIS dan tuang kedalam bekas Puding cendol tadi. sejukkan normal dalam 30minit. selepas tu boleh lah masuk peti ais

Tips untuk acuan :
Basahkan dengan sedikit air. supaya mudah keluarkan dari acuan nanti untuk dipotong
Credit : Nea Elyanie

About The Author Resepi Sedap

Resepi sedap yang menyajikan resepi-resepi masakan yang sungguh lazat dan sedap untuk anda cuba. Kami akan sentiasa memaparkan resepi yang dikongsikan terus kelaman website ini. Terima kasih diatas sokongan anda semua.

Leave a Reply