Sudah tentunya ramai yang mengenali apa yang dipanggil nasi lemak. Namun tak begitu ramai yang tahu membuatnya. Disini kami kongsikan resepi cara membuat nasi lemak yang sungguh sedap. Anda semua patut cuba resepi membuat nasi lemak ini.

nasi-lemak1

1. Langkah pertama adalah untuk masak nasi seperti biasa.

Cuma kuantiti atau sukatan air dikurangkan dalam setengah cawan, letak garam satu camca kecil (jangan dikacau) dan letak daun pandan yang sudah dibersihkan.

nasi-lemak2

2. Apabila sudah 3/4 masak,masukkan santan pekat secawan. Kacau sekali lalu sudah memadai, dan kemudian sambung masak seperti nasi biasa.

nasi-lemak3

3. Inilah rupa nasi yang sudah siap dimasak

nasi-lemak4

4. Seterusnya kita akan buat sambal nasi lemak. Kita akan goreng dahulu ikan bilis.

Panaskan minyak suku cawan dan goreng segenggam ikan bilis sampai garing dan kemudian angkat.

nasi-lemak5

5. Minyak yang sama kemudian digunakan tumis bahan blend.

Bahan-bahan yang diperlukan
a) cili kering – setengah genggam
b) bawang merah – 5 ulas
c) bawang besar -1 biji
d) bawang putih – 2 ulas
e) belacan sikit

nasi-lemak6

6. Masuk garam secukup rasa, gula satu sudu dan air asam jawa.

nasi-lemak7

7. Bila sambal sudah betul-betul masak, masukkan santan pekat dalam 3 sudu.

nasi-lemak8

8. Cuci bersih daun pisang, gunting urat kerat tepi itu tapi jangan sampai koyak, tos dan lap dengan kitchen towel.

nasi-lemak9

9. Layurkan atas dapur gas untuk beberapa saat. Kemudian angkat.

nasi-lemak10

10. Mahu lebih sempurna, buat telur rebus dan hiris timun sekali.

Sediakan suratkhabar dan bahan-bahan untuk bungkus nasi lemak kita (ini untuk tujuan yang mahu berniaga, mahu jual nasi lemak).

nasi-lemak11

11. Gunakan mangkuk kecil untuk letakkan nasi diatas daun pisang. Kemudian letak ikan bilis, telur rebus dan timun. Terakhir sekali, letakkan sesudu atau 2 sudu sambalnya.

nasi-lemak12

11. Bungkus nasi lemak ikut kreativiti masing-masing.

nasi-lemak13

12. Siap untuk dijual atau dimakan.

About The Author Resepi Sedap

Resepi sedap yang menyajikan resepi-resepi masakan yang sungguh lazat dan sedap untuk anda cuba. Kami akan sentiasa memaparkan resepi yang dikongsikan terus kelaman website ini. Terima kasih diatas sokongan anda semua.

Leave a Reply