Siakap Stim Lemon yang sedap dan cepat untuk disediakan, menggunakan lemon sebagai bahan utama untuk menambahkan lagi rasa segar ikan apabila distim.

 

Bahan-Bahan:

1 ekor ikan siakap
3 sudu besar jus lemon
1 batang serai dititik
Daun bawang
2 sudu besar sos ikan
1 sudu besar tepung jagung
1/2 biji tomato, hiris nipis
1 biji cili merah, hiris nipis
Bahan hiris halus:
2 inci halia
3 ulas bawang putih
1 biji bawang merah

Cara Penyediaan:

1) Bersihkan ikan dan kelar di kedua belah bahagian.
2) Di dalam loyang, sapukan ikan dengan sedikit garam dan taburkan dengan halia, bawang kecil dan bawang putih.
3) Perahkan jus lemon, anggaran 3 sudu besar di atas ikan. Masukkan serai, kemudian tuang sedikit air ke dalam loyang bersama bancuhan tepung jagung dan sedikit gula.
4) Tuang sos ikan dan kukus selama 15 minit.
5) Buka tudung pengukus dan taburkan tomato, cili merah, daun bawang dan sedikit hirisan lemon. Kukus kembali selama 5 minit.
6) Angkat dan hidangkan.

http://www.resepisedap.co/wp-content/themes/absolute/images/avatar.png

About The Author Dhia Natasha

Leave a Reply