Resepi Singgang Ikan Tenggiri Kelantan yang memang sangat lazat. Terbaik jika menggunakan ikan tenggiri yang segar. Versi Kelantan memang tiada kunyit dan menggunakan banyak lengkuas.

Masakan ini juga sangat sihat kerana tiada minyak dan sesuai untuk orang yang berdiet 🙂 kerana sangat rendah kalori

Bahan-Bahan:

3 potong ikan tenggiri
2 inci lengkuas, potong dan ketuk
3 biji bawang merah, hiris nipis
2 ulas bawang putih, hiris nipis
1-2 keping asam gelugor
5-6 biji cili padi
4 batang sayur bendi
garam dan gula secukup rasa
serbuk perasa (jika suka)

Cara Penyediaan:

  1. Bersihkan ikan dan toskan.
  2. Rebus air dalam anggaran 3 cawan dan masukkan lengkuas, bawang merah, bawang putih sehingga mendidih.
  3. Masukkan ikan tenggiri, asam gelugor, cili padi dan diikuti sayur bendi di akhir sekali. Rebus sehingga ikan betul-betul masak. Perasakan dengan gula dan garam secukupnya. Sedap jika dihidangkan bersama nasi panas dan budu.
http://www.resepisedap.co/wp-content/themes/absolute/images/avatar.png

About The Author Dhia Natasha

Leave a Reply