Udang goreng butter boleh dinikmati begitu saja atau dimakan bersama dengan nasi putih. Malah, ianya boleh juga dinikmati bersama keluarga ketika minum petang. Masakan ini sangat mudah disediakan dan jika cuba sekali pasti mahu lagi.

Bahan-bahan:

10 – 20 ekor udang
5 tangkai daun kari
6 – 8 tangkai cili padi – dihiris
3 ulas bawang putih – dicincang
sedikit lada sulah
sedikit butter/margerin untuk menumis
sedikit serbuk lada hitam/ putih – bila suka
garam secukup rasa
1/4 cawan susu cair/ susu segar
minyak untuk menggoreng

Bahan sarang telur:

2 biji kuning telur
1 cawan minyak masak
1 senduk butter/ margerin

Cara-cara membuatnya:

1) Siapkan minyak panas dalam kuali kemudian goreng udang yang sudah digaul dengan sedikit garam dan lada sulah sehingga warnanya cantik dan masak. angkat dan toskan minyaknya dan keluarkan minyak dari dalam kuali kerana tak nak guna lagi

2) Panaskan margerin atau butter di dalam kuali kemudian tumis cili padi, daun kari, dan bawang putih sehingga naik bau.

3) Selepas tu masukan susu cair dan masak sekejap. kemudian masukan udang, serbuk lada, dan sedikit garam. ingat! jangan bubuh banyak garam sebab margarin sudah ada garam.

4) Panaskan sehingga masak dan angkat

5) Langkah seterusnya kita siapkan pula sarang telur sebagai bahan untuk taburan di atas udang tadi.

6) Panaskan butter ke dalam kuali bersama minyak masak dan bila minyak dalam kuali dah panas pusing-pusingkan minyak dengan senduk. sehingga membentuk bulatan sehala tanpa henti.

7) Kemudian masukan kuning telur sahaja ke dalam butter tadi dan teruskan pusing tu minyak laju-laju sehingga masak dan berwarna keemasan.

8) Setelah dah masak tuangkan ke dalam tapis untuk toskan minyak.

9) Akhir sekali, bila udang goreng tadi dah masak bolehlah dimasukan ke dalam pinggan dan taburkan sarang telur di atas udang.

udang-butter-1

About The Author Zara Amira

Leave a Reply