ayam masak sos tiram

Ayam Masak Sos Tiram memanglah sedap macam juga warnanya yang agak gelap pastinya anda dah boleh rasa dan membayangkan bau masakan Ayam Masak Sos Tiram. Disini kami di Resepi Sedap akan cuba berkongsi resepi masakan untuk anda cuba pula.

Bahan-bahan:
1. 4-6 ketul Ayam
2. 2 sudu Sos Tiram
3. Gula
4. Garam (optional)
5. ½ inci Halia- dihiris
6. 3 biji Bawang Merah – ditumbuk
7. 1 biji Bawang Besar – dihiris
8. 2 ulas Bawang Putih – ditumbuk
9. Kiub Pati Ayam
10. Lada
11. Bunga Lawang, Kayu Manis, Cengkih
Cara Memasak:
1. Tumiskan bawang merah, bawang putih,halia, lada yang dah dihiris ke dalam minyak panas.
2. Masukkan kiub pati ayam & rempah-rempah seperti bunga lawang, kayu manis & cengkih ke dalam tumisan.
3. Bila dah naik bau, masukkan sos tiram. Kacau hingga rata.
4. Masukkan ayam, bawang besar & gaulkan. Tutup kuali dengan penutup supaya ayam cepat masak & kuah terhasil daripada proses pengewapan tersebut.
5. Biarkan beberapa minit. Masukkan gula & garam secukup rasa.
6. Tutup balik kuali & biarkan sehingga ayam betul-betul masak.

About The Author Resepi Sedap

Resepi sedap yang menyajikan resepi-resepi masakan yang sungguh lazat dan sedap untuk anda cuba. Kami akan sentiasa memaparkan resepi yang dikongsikan terus kelaman website ini. Terima kasih diatas sokongan anda semua.

Leave a Reply