Resepi Ayam Goreng Berempah Serai

Resepi Ayam Goreng Berempah Serai seringkali dijadikan sebagai menu utama dalam majlis rasmi seperti majlis perkahwinan dan sebagainya.Oleh sebab itu, kami di resepisedap berbesar hati untuk kongsikan cara memasak ayam goreng berempah dengan serai.

Bahan utama :

  • 1 Ekor ayam ( dipotong 6-12 ikut kesesuaian)

Bahan yang perlu dikisar:

  • 6 ulas bawang putih
  • 7 ulas bawang merah
  • 2 inci halia
  • 3~4 batang serai

_______________________

  • 3 sb cili kering kisar/ cili boh ( suka pedas tambah cili lagi)
  • 2 sb serbuk kari daging
  • 1/2 sk serbuk jintan putih
  • 1/2 sk serbuk jintan manis
  • 1/2 sk serbuk ketumbar
  • 1/2 sk rempah 5 spices (jika ada)
  • garam dan aji secukup rasa
  • 3 tangkai daun kari
  • Minyak goreng

Cara memasak :

  1. Campurkan semua bahan di atas bersama dengan ayam kecuali daun kari dan minyak.Selepas itu, Gaul sebati dan biarkan perap selama 1 jam.
  2. Kemudian panaskan minyak dalam kuali. dan pastikan minyak lebih supaya ayam tenggelam ketika digoreng.
  3. Masukkan ayam satu per satu dan goreng hingga masak. Taburkan daun kari bila dah 1/2 masak.
  4. Bila dah masak boleh matikan api dan angkat ayam dan tosskan supaya minyak-minyak keluar.
  5. Boleh dihidangkan.

 

About The Author Resepi Sedap

Resepi sedap yang menyajikan resepi-resepi masakan yang sungguh lazat dan sedap untuk anda cuba. Kami akan sentiasa memaparkan resepi yang dikongsikan terus kelaman website ini. Terima kasih diatas sokongan anda semua.

Leave a Reply