Resepi kali ini kami di Resepi Sedap ingin berkongsi resepi masakan Ayam Penyet. Nasi ayam penyet merupakan sebuah hidangan yang berasal dari Java Timur, Indonesia. Resepi Nasi Ayam Penyet ini juga telah menjadi salah satu makanan kegemaran penduduk Malaysia dan Brunei. Nasi ayam penyet mengandungi nasi ayam, ayam goreng, sambal yang pedas, dan sayur-sayuran. Nasi Ayam Penyet yang berasal dari Pulau Jawa ini dinamakan demikian kerana setelah ayam digoreng, ayam tersebut hendaklah diketuk hingga penyet. Itulah asal-usul nama Nasi Ayam Penyet.

Apa yang terkandung dalam menu ini ialah nasi putih, Ayam goreng kunyit yang diketuk/dipenyekan setelah digoreng, kuah sambal istimewa, tempe , tauhu goreng, ulam dan kuah sup.

Dibawah kami kongsikan resepi Ayam Penyet.

Bahan-bahan hidangan untuk 6 orang
Untuk Ayam:
✓ 1 ekor ayam – potong 8 bahagian, rebus selama 10 minit dan toskan (simpan air rebusan ayam untuk buat sup)-kite guna air nie jgk utk masak nasik.
✓ ½ sudu besar Jintan Manis – goreng tanpa minyak hingga naik bau
✓ ½ sudu besar Jintan Putih – goreng tanpa minyak hingga naik bau
✓ 3 sudu besar Biji Ketumbar – goreng tanpa minyak hingga naik bau
✓ 1 sudu besar Serbuk Kari Ayam
✓ 1 sudu besar Serbuk Kunyit
✓ ½ sudu besar Serbuk Lada Putih
✓ 3 ulas Bawang Putih
✓ 1cm Halia
✓ Sedikit Air
✓ 1 sudu kecil Garam
✓ Minyak masak untuk menggoreng.

Untuk Sambal:
✓ Sedikit minyak masak
✓ 10 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
✓ 10 biji Cili padi
✓ 10 biji Bawang kecil/merah, hiris
✓ 3 biji Bawang putih, hiris
✓ 5 biji Tomato, potong 4
✓ 5 cm Belacan
✓ 2 sudu Ikan Bilis-kite lebihkan cikit
✓ 3 sudu gula merah/secukup rasa

Untuk Nasi
✓ 3 cawan beras dibasuh dan ditoskan
✓ 3 ulas bawang putih
✓ satu btg kayu manis
✓ 4 biji buah pelaga
✓ 2 kuntum bunga lawang
✓ sedikit butter
✓ garam
✓ kiub pati ayam/daging
✓ 6 cawan air rebusan ayam (yg disimpan td)

Resepi Masakan Nasi Ayam Penyet Yang Sungguh Sedap
Resepi Masakan Nasi Ayam Penyet Yang Sungguh Sedap

Cara-cara
Untuk Ayam Penyet:
– Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus.
– Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman.-perap lama2 cenggini best.
– (Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe dan tahu.)- kite tadak tauhu/tempe. Tak buat.
– Setelah perap semalaman, golek-golekkann pada tepung beras.
– Panaskan minyak dan goreng hingga garing.

Untuk Sambal:
– Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
– Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan.
– Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.
– Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.
– Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.
– Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan.
– Masukkan gula merah dan gaul rata.
– Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.* Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk.
– Panaskan sambal sebelum disajikan.

Untuk sup:
– Masukkan garam secukup rasa pada air rebusan ayam.-kite tambah ayu manis, bunga lawang, pelaga dan ketumbar (boleh masukkan terus sup bunjut kalo ade).
– Panaskan sebelum dihidangkan. Tabur hirisan daun sup dan daun bawang pada sup semasa disajikan.

Untuk Nasi:
– Panaskan butter. Tumis bawang putih, kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga wangi.
– Masukkan beras yg dah ditoskan. Kacau lebih kurang 3-5 minit.
– Masukkan air rebusan ayam, garam dan kiub ayam/daging. Tunggu sehingga menggelegak sedikit.
– Pindah ke periuk nasi letrik dan masak macam biasa

About The Author Resepi Sedap

Resepi sedap yang menyajikan resepi-resepi masakan yang sungguh lazat dan sedap untuk anda cuba. Kami akan sentiasa memaparkan resepi yang dikongsikan terus kelaman website ini. Terima kasih diatas sokongan anda semua.

Leave a Reply