Resepi Telur Goreng Hancur Dengan Ikan Bilis

Resepi Telur Goreng Hancur Dengan Ikan Bilis amat sedap bila dimasak dengan cara yang betul. Resepi ini sangat simple kerana tidak sampai 10minit hidangan sudah siap tersedia untuk dimakan. Kepada mereka yang sudah bosan makan ayam atau daging boleh la masak Telur Goreng Hancur Dengan Ikan Bilis.

Bahan-bahan Utama :

  • Telur
  • Ikan bilis

Bahan Asas :

  • 2 biji telur
  • Ikan bilis – segenggam, cuci kemudian toskan
  • 1 biji bawang putih – hiris halus
  • 1/2 biji bawang merah – hiris halus
  • 2 biji cili hijau – hiris halus
  • 3 biji cili padi – hiris halus
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng

Cara Memasak :

  1. Goreng ikan bilis sehingga garing lalu ketepikan kemudian goreng bawang merah, cili padi, cili hijau, dan bawang putih sehingga garing.
  2. Masukan telur tadi di dalam kuali kemudian hancur-hancurkan. selepas tu masukan garam secukup rasa kemudian kacau rata.
  3. Padamkan api dan masukan ikan bilis yang dah di goreng tadi kemudian gaul rata.
  4. Akhir sekali, dan anda boleh hidangkan di dalam pinggan.
  5. Sedia untuk dimakan bersama nasi putih atau nasi goreng.

About The Author Resepi Sedap

Resepi sedap yang menyajikan resepi-resepi masakan yang sungguh lazat dan sedap untuk anda cuba. Kami akan sentiasa memaparkan resepi yang dikongsikan terus kelaman website ini. Terima kasih diatas sokongan anda semua.

Leave a Reply