Resepi Udang Butter Sedap

Resepi Udang Butter menjadi resepi pilihan untuk kali ini. Rata-rata manusia di dunia menyukai makanan laut seperti udang,ketam,kepah dan banyak lagi. Udang Butter menjadi salah satu hidangan utama di restoran ternama di Malaysia.

Bahan-Bahan :

  • 10 – 20 ekor udang ( Atau lebih)
  • 5 tangkai daun kari
  • 6 – 8 tangkai cili padi – dihiris (Atau lebih)
  • 3 ulas bawang putih – dicincang
  • sedikit lada sulah
  • sedikit butter/margerin untuk menumis
  • sedikit serbuk lada hitam/ putih – bila suka
  • garam secukup rasa
  • 1/4 cawan susu cair/ susu segar
  • minyak untuk menggoreng

Cara penyediaan:

1: Panaskan minyak masak dalam kuali. Selepas itu, goreng udang yang sudah siap digaul dengan sedikit garam dan lada sulah sehingga warnanya cantik dan masak. Selepas itu, angkat dan toskan minyaknya dan keluarkan minyak dari dalam kuali kerana tak nak guna lagi
 
2: Panaskan margerin atau butter di dalam kuali kemudian tumis cili padi, daun kari, dan bawang putih sehingga naik bau.
 
3: Selepas itu, masukkan susu cair dan masak sekejap. Kemudian masukan udang, serbuk lada, dan sedikit garam.Ingat jangan masukkan banyak garam sebab margarin sudah ada garam.
 
4: Panaskan sehingga masak dan angkat
Seterunya kita perlu sediakan sarang telur untuk dijadikan sebagai bahan taburan di atas udang butter nanti.
Bahan Sarang Telur :
  • 2 biji kuning telur
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 senduk butter/ margerin

Cara penyediaan Udang Butter :

  1. Pukul ringan kuning telur.
  2. Panaskan butter bersama minyak masak sampai betul betul panas.
  3. Tuangkan kuning telur tadi ke dalam kuali. Tuang sikit-sikit supaya telur jatuh ke dalam kuali tu halus-halus.
  4. Pusing minyak laju-laju dengan senduk hingga telur habis.
  5. Pusing terus hingga telur berwarna keemasan.
  6. Setelah masak, tuangkan ke dalam tapis untuk toskan minyaknya.
  7. Taburkan sarang telur ke udang yang sudah digoreng di atas.

Selamat mencuba Resepi Udang Butter Sedap. Kami kongsikan resepi ini untuk dijadikan sebagai rujukan atau panduan semasa memasak. Jangan lupa untuk klik button SHARE

About The Author Resepi Sedap

Resepi sedap yang menyajikan resepi-resepi masakan yang sungguh lazat dan sedap untuk anda cuba. Kami akan sentiasa memaparkan resepi yang dikongsikan terus kelaman website ini. Terima kasih diatas sokongan anda semua.

Leave a Reply