Resipi Kuah Kacang Ala Kelantan

Resipi Kuah Kacang Ala Kelantan menjadi pilihan admin kali ini kerana admin sangat suka makan kuah kacang bersama dengan Satay . Selain itu, ia boleh dijadikan sebagai pencicah dimakan bersama dengan roti kosong dan cucuk udang.

Bahan-bahan :

  • 500 gram kacang tanah – di goreng tanpa minyak dan di blender kering
  • 3 labu bawang besar*
  • 5 ulas bawang putih*
  • 3 ulas bawang merah*
  • 1 inci halia*
  • 15 tangkai cili kering – di potong dan di rebus seketika ( 5-10 minit)
  • 3 keping nisan
  • 6 sudu besar gula
  • 5 batang serai di ketuk
  • garam secukup rasa
  • 1 liter santan
  • 1/2 cawan minyak masak

Cara Penyediaan :

  1. Goreng kacang tanpa minyak sehingga rapuh.Selepas itu, sejukkan seketika lalu buang kulitnya, kemudian blender kering kacang tadi
  2. Blender semua bahan yang bertanda ( * ) bawang besar, bawang putih , bawang merah, cili kering dan halia.
  3. Panaskan minyak dan tumiskan bahan blender tadi lalu masukkan juga serai yg telah di ketuk. Tumis sehinngga wangi dan pecah minyak.
  4. Masukkan santan, dan kacang, kacau seketika.
  5. Kemudian masukkan nisan, gula, garam, dan asam keping.
  6. Masak hingga terbit minyak dan kuah agak pekat sikit, rasa dulu , kemudian tutup api

About The Author Resepi Sedap

Resepi sedap yang menyajikan resepi-resepi masakan yang sungguh lazat dan sedap untuk anda cuba. Kami akan sentiasa memaparkan resepi yang dikongsikan terus kelaman website ini. Terima kasih diatas sokongan anda semua.

Leave a Reply