resepi chicken chop azie kitchen

Kali ini Resepi Sedap akan berkongsi Resepi Chicken Chop Black Pepper Sos Sedap. Pasti ramai yang suka menu western kerana ia kelihatan seperti ala makanan barat. Tidak sukar untuk memasak Chicken Chop Black Pepper Sos. Berikut adalah senarai bahan-bahan yang diperlukan.

Chicken Chop

Bahan-bahan :

  • 4 – 5 bahagian ayam – dada atau peha dan buang tulang
  • 5 inci halia – kisar halus
  • 2 sudu besar sos manis
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 3 ulas bawang putih – kisar halus
  • 1 sudu kecil serbuk lada sulah
  • garam secukupnya
Bahan Salutan 
  • 3 sudu besar tepung gandum
  • 1 biji telur – kacau
  • 100 gm serbuk roti

Cara Membuat Chicken Chop Black Pepper Sos

1. Bersihkan ayam selepas itu gaul bersama serbuk lada sulah, sos tiram, sos manis, bahan kisar, dan garam. lepas tu masukan dalam tupperware dan perap selama lebih kurang 4 jam dalam peti ais.

2. Selepas itu, ambil ayam yang sudah di perap tadi gaul dengan tepung gandum dan siapkan mangkuk dan pecahkan telur kemudian kacau.

3. Gaulkan ayam  dengan tepung gandum dan celup kedalam telur dan salut dengan serbuk roti.

4. Panaskan minyak dan goreng ayam menggunakan api sederhana hingga warnanya kelihatan keemasan.

 

Black Pepper Sos

Bahan-Bahan

  • 2 sudu kecil sos manis
  • 1 sudu kecil sos tiram
  • 1/2 cawan susu cair
  • 1 cawan air
  • 1/2 botol sos lada hitam
  • 1 sudu besar planta
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam @
  • 1 sudu besar tepung jagung @ ( bancuh dengan sedikit air)
  • sedikit garam @
Cara Penyediaan
1. Masukkan semua bahan kecuali tanda @ kedalam periuk. Selepas itu, gaul dan didihkan diatas api hingga meruap ketika kacau.
2. Jika sudah meruap masukan sedikit garam bersama tepung jagung dan serbuk lada hitam.
3. Kacau sekejap dan matikan api.
4. Sudah siap.

About The Author Resepi Sedap

Resepi sedap yang menyajikan resepi-resepi masakan yang sungguh lazat dan sedap untuk anda cuba. Kami akan sentiasa memaparkan resepi yang dikongsikan terus kelaman website ini. Terima kasih diatas sokongan anda semua.

Leave a Reply